Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sejukkanlah makanan, kerana makanan yang panas itu tidak mempunyai keberkatan

Teks Bahasa Arab

أبرِدوا بالطَّعامِ، فإنَّ الطَّعامَ الحارَّ غيرَ ذي برَكةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sejukkanlah makanan, kerana makanan yang panas itu tidak mempunyai keberkatan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA
  2. Abu Hurairah RA
  3. Anas bin Malik RA
  4. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 392, hadis no. 2092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف): «أبردوا بالطعام، فإن الطعام الحار غير ذي بركة». روى من حديث ابن عمر وجابر وأبي هريرة وأنس – رضي الله عنهم -. [عزاه السيوطي في «الصغير» للديلمي، ك، طس، حل، «الضعيفة» (1587)].

(Lemah): "Sejukkanlah makanan, kerana makanan yang panas itu tidak mempunyai keberkatan". Riwayat daripada hadis Ibn ‘Umar, Jabir, Abu Hurairah dan Anas RA. [Al-Suyuti menisbahkannya dalam al-Saghir kepada al-Daylami. Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1587].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.