Sejukkanlah makanan kalian, nescaya kalian akan diberkati padanya

TEKS BAHASA ARAB

بردوا طعامكم يبارك لكم فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sejukkanlah makanan kalian, nescaya kalian akan diberkati padanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 393, hadis nombor 2098. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: «بردوا طعامكم يبارك لكم فيه». [عد، «الضعيفة» (1654)].

(Munkar) Daripada ’Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sejukkanlah makanan kalian, nescaya kalian akan diberkati padanya". [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1654].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.