Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sejahat-jahat ulama

Teks Bahasa Arab

شِرارُ العلماءِ.

Teks Bahasa Melayu

Sejahat-jahat ulama.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1239, hadis no. 6319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: كنت أطوف مع رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت: يا رسول الله! من أشر الناس؟ فأعرض عني، ثم سألته فأعرض عني، ثم سألته فقال: شرار العلماء. [عد، ((الضعيفة)) (1418)]

(Lemah) Daripada Mu'az bin Jabal RA, katanya: Aku pernah mengelilingi bersama Rasulullah SAW, aku pun bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah sejahat-jahat manusia? Baginda enggan menjawab pertanyaanku, lalu aku bertanya lagi, baginda pun enggan menjawab pertanyaan, kemudian aku bertanya lagi, baginda pun menjawab: Sejahat-jahat ulama. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1418]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.