TEKS BAHASA ARAB
حديث: شراركم معلموكم، أقلهم رحمة على اليتيم، وأعظمهم على المسكين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sejahat-jahat orang dari kalangan kalian adalah guru-guru kalian, disebabkan sedikitnya kasih sayang mereka terhadap anak yatim, mereka berkeras atas orang miskin.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 276, hadis nombor 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا: وهو موضوع.
Ibn Adi meriwayatkan daripaa Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan hadith ini palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.