Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: شِرَارُ النَّاسِ التُّجَّارُ والزُّرَّاعُ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sejahat-jahat manusia adalah peniaga dan peladang.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 141, hadis no. 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الجوزقاني في موضوعاته عن أنس مرفوعا وفي أوله: ألا إن التاجر فاجر ألا إن التاجر فاجر. وقال الجوزقاني باطل في إسناده غير واحد من المجاهيل. وروى ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا نحوه وكذا أبو نعيم. في إسناد ابن عدي متروك.
Al-Jauzaqani meriwayatkan di dalam al-Maudhu’at daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan pada lafaz awalnya: Ketahuilah bahawa sesungguhnya peniaga itu jahat. Ketahuilah bahawa sesungguhnya peniaga itu jahat. Al-Jauzaqani berkata: Hadith ini batil, pada sanadnya ada ramai perawi yang tidak dikenali. Ibn Adi meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) seperti hadith di atas dan begitu juga Abu Nu'aim. Pada sanad riwayat Ibn Adi ada perawi yang sangat daif.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman