TEKS BAHASA ARAB
شراركم معلمو صبيانكم، أقلهم رحمة على اليتيم، وأغلظهم على المسكين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sejahat-jahat kalian adalah guru-guru kepada anak-anak kalian. Mereka adalah yang paling sedikit belas kasihan terhadap anak yatim dan yang paling keras terhadap orang miskin.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 113, hadis nombor 161. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع، ذكره في ((اللآلى )).
Palsu, disebutkan dalam Kitab al-Laali’.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.