Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sejahat-jahat kalian adalah guru-guru kepada anak-anak kalian

Teks Bahasa Arab

شِرَارُكُمْ مُعَلِّمُو صِبْيَانَكُمْ، أَقَلُّهُمْ رَحْمَةً على الْيَتِيم، وأغلظهم على الْمِسْكِين.

Teks Bahasa Melayu

Sejahat-jahat kalian adalah guru-guru kepada anak-anak kalian. Mereka adalah yang paling sedikit belas kasihan terhadap anak yatim dan yang paling keras terhadap orang miskin.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 113, hadis no. 161. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، ذكره في ((اللآلى )).

Palsu, disebutkan dalam Kitab al-Laali’.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.