Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عُقُولٌ وَأَيُّ عُقُولٍ وَلَكِنْ أَضَلَّهَا بَارِيهَا.
Teks Bahasa Melayu
Sehebat mana pun orang-orang berakal, namun Tuhan mereka telah menyesatkan mereka.
Sahabat Perawi
- Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 60, hadis no. 241. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قيل قاله عمر - رضي الله عنه - قيل له: كيف كنتم تعبدون الحجر فإذا وجدتم أحسن منه عبدتموه وتركتم الأول أين كانت عقولكم، فقاله. وكل ذلك لا يعرف في الرواية. نعم أخرج الخطابي عن الكسائي أن رجلا قال لعمرو بن العاص: إنك في هذه البلاغة والفصاحة والرأي الفاضل كيف تأتي حجرا فتعبده فقال له: والله لقد كنت أجالس أقواما تزن عقولهم الجبال الرواسي ولكن ما قولك في عقول كادها خالقها.
Dikatakan bahawa 'Umar RA telah menyebutkannya ketika ditanya: "Bagaimana kalian boleh menyembah batu sedangkan kamu mempunyai Tuhan yang lebih baik untuk kamu sembah berbandingnya dan kamu meninggalkannya. Di mana akal kamu ketika itu?", lalu 'Umar pun menyebutkannya. Kesemua itu tidak diketahui adanya dalam riwayat. Ya, al-Khattabi telah mengeluarkan daripada al-Kasa'ei bahawa seorang lelaki telah berkata kepada 'Amr bin al-'As: "Sesungguhnya kamu yang mempunyai ketinggian bahasa, kefasihan bahasa dan idea yang tinggi, bagaimana kamu boleh mendatangi batu lalu kamu menyembahnya?", 'Amr pun berkata kepadanya: "Demi Allah! Aku pernah duduk bersama orang-orang yang akal-akal mereka seperti gunung-ganang yang kuat, namun seperti katamu berkenaan orang-orang berakal yang telah ditipu daya oleh Penciptanya".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman