Seharian menjaga sempadan di jalan Allah sama seperti berpuasa sebulan

TEKS BAHASA ARAB

أنه رأى سلمان الفارسي وهو مرابط بساحل حمص فقال: ما لك على هذا؟ قال: مرابط. قال سلمان: سمعت رسول الله ﷺ يقول: رباط يوم في سبيل الله كصيام شهر وقيامه ومن مات مرابطا جرى عليه عمله الذي كان يعمل وأمن الفتان ويبعث يوم القيامة شهيدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Shurahbil melihat Salman al-Farisi mengawasi kehadiran musuh di tepi Pantai Homs. Lalu beliau berkata kepada Salman: Apa yang engkau sedang lakukan ini? Salman menjawab: Mengawasi kehadiran musuh. Salman berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Seharian menjaga sempadan di jalan Allah sama seperti berpuasa sebulan dan juga sama seperti menghidupkan bulan tersebut. Sesiapa yang meninggal dunia ketika sedang menjaga sempadan, amalan yang dilakukan akan berterusan. Dia akan selamat daripada fitnah dan dibangkitkan sebagai orang yang mati syahid.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1010-1011, hadis nombor 5204. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر الشهيد) عن شرحبيل بن السمط: أنه رأى سلمان الفارسي وهو مرابط بساحل حمص فقال: ما لك على هذا؟ قال: مرابط. قال سلمان: سمعت رسول الله ﷺ يقول: رباط يوم في سبيل الله كصيام شهر وقيامه ومن مات مرابطا جرى عليه عمله الذي كان يعمل وأمن الفتان ويبعث يوم القيامة شهيدا. [طب, الضعيفة (5395)]

(Munkar dengan menyebut perkataan syahid) Daripada Shurahbil Bin al-Samt RA, beliau melihat Salman al-Farisi mengawasi kehadiran musuh di tepi Pantai Homs. Lalu beliau berkata kepada Salman: Apa yang engkau sedang lakukan ini? Salman menjawab: Mengawasi kehadiran musuh. Salman berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Seharian menjaga sempadan di jalan Allah sama seperti berpuasa sebulan dan juga sama seperti menghidupkan bulan tersebut. Sesiapa yang meninggal dunia ketika sedang menjaga sempadan, amalan yang dilakukan akan berterusan. Dia akan selamat daripada fitnah dan dibangkitkan sebagai orang yang mati syahid. [Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Dhai’fah no. 5395]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs