Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يومٌ من إمامٍ عادِلٍ أفضلُ من عبادةِ سِتِّينَ سنةً، وحَدٌّ يُقامُ في الأرضِ أَزْكَى فيها من مَطَرِ أربعين يومًا
Teks Bahasa Melayu
Sehari bagi pemimpin yang adil, lebih baik dari beribadah 60 tahun. Hukuman yang ditegakkan di bumi dengan hak, lebih baik dari hujan selama 40 tahun.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 782, hadis no. 4012. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس مرفوعا: يوم من إمام عادل أفضل من عبادة ستين سنة، وحد يقام في الأرض أزكى فيها من مطر أربعين يوما. [طب، ((الضعيفة)) (1595)]
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’: “Sehari bagi pemimpin yang adil, lebih baik dari beribadah 60 tahun. Hukuman yang ditegakkan di bumi dengan hak, lebih baik dari hujan selama 40 tahun.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mujam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1595]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman