Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya

30/06/2024

minit bacaan



Segeralah memberi kuniyah kepada anak-anak

Teks Bahasa Arab

بَادِرُوا أَوْلادَكُمْ بِالْكُنَى لَا يَغْلِبُ عَلَيْهِم الألقاب.

Teks Bahasa Melayu

Segeralah memberi kuniyah kepada anak-anak kalian dan jangan berikan laqab (gelaran) kepada mereka.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 132. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْوَجِيز «بَادِرُوا أَوْلادَكُمْ بِالْكُنَى لَا يَغْلِبُ عَلَيْهِم الألقاب» فِيهِ حُبَيْش بن دِينَار قلت كَانَ من الأبدال.

Dalam kitab al-Wajiz menyebut: “Segeralah memberi kuniyah kepada anak-anak kalian dan jangan berikan laqab (gelaran) kepada mereka.” Dalam sanadnya terdapat Hubaisy Bin Dinar. Saya katakan: Beliau adalah sebahagian daripada wali abdal.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.