Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَجِّلُوا بالركعتين بعد المغربِ، فإنهما تُرْفَعَانِ مع المكتوبةِ.
Teks Bahasa Melayu
Segerakanlah (melaksanakan solat sunat) dua rakaat setelah (solat fardhu) Maghrib. Sesungguhnya (solat tersebut) akan diangkat bersama dengan solat fardhu.
Sahabat Perawi
- Hudzaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 286, hadis no. 1494. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن حذيفة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((عجلوا بالركعتين بعد المغرب، فإنهما ترفعان مع المكتوبة)). [ابن نصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (3855)]
(Terlalu Daif) Daripada Hudzaifah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Segerakanlah (melaksanakan solat sunat) dua rakaat setelah (solat fardhu) Maghrib. Sesungguhnya (solat tersebut) akan diangkat bersama dengan solat fardhu. [Riwayat Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3855]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman