Segerakanlah (melaksanakan) solat di waktu siang pada hari yang mendung

TEKS BAHASA ARAB

عجلوا صلاة النهار في يوم الغيم، وأخروا المغرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Segerakanlah (melaksanakan) solat di waktu siang pada hari yang mendung dan lewatkanlah solat Maghrib.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 286, hadis nombor 1495. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد العزيز بن رافع – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عجلوا صلاة النهار في يوم الغيم، وأخروا المغرب)).
[ش، ((الضعيفة)) (3856)]

(Lemah) Daripada ‘Abd al-Aziz bin Rafi’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Segerakanlah (melaksanakan) solat di waktu siang pada hari yang mendung dan lewatkanlah solat Maghrib.
[Riwayat Musannaf Ibn Abi Syaibah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3856]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.