Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَجِّلُوا صلاةَ النهارِ في يومِ الغَيْمِ، وأَخِّرُوا المغربَ.
Teks Bahasa Melayu
Segerakanlah (melaksanakan) solat di waktu siang pada hari yang mendung dan lewatkanlah solat Maghrib.
Sahabat Perawi
- Abd al-Aziz bin Rafi’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 286, hadis no. 1495. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد العزيز بن رافع - رضي الله عنه - مرفوعا: ((عجلوا صلاة النهار في يوم الغيم، وأخروا المغرب)). [ش، ((الضعيفة)) (3856)]
(Daif) Daripada ‘Abd al-Aziz bin Rafi’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Segerakanlah (melaksanakan) solat di waktu siang pada hari yang mendung dan lewatkanlah solat Maghrib. [Riwayat Musannaf Ibn Abi Syaibah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3856]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman