Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah sesuai dengan kemahuan Rasulullah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الحمد لله الذي وفق رسول الله لما يرضي رسول الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah sesuai dengan kemahuan Rasulullah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1235, hadis nombor 6292. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم حين بعثه إلى اليمن قال له: كيف تقضي إذا عرض لك قضاء؟ قال: أقضي بما في كتاب الله. قال: فإن لم يكن في كتاب الله؟ قال: بسنة رسول الله، قال: فإن لم يكن في سنة رسول الله؟ قال: أجتهد رأيي لا آلو، قال: فضرب رسول الله صلى الله عليه وسلم صدره، وقال: الحمد لله الذي وفق رسول الله لما يرضي رسول الله.
[الطيالسي، حم، د، ت، ابن سعد، عق، هق، الخطيب في ((الفقيه والمتفقه))، ابن عبد البر في ((جامع بيان العلم))، ابن حزم، ((الضعيفة)) (881)].

(Munkar)
Daripada Mu’az bin Jabal RA bahawa Nabi SAW ketika mengutuskan beliau ke Yaman, baginda bersabda: Bagaimana engkau memutuskan apabila dihadapkan kepadamu sesuatu isu? Mu’az berkata: Aku akan memutuskan berdasarkan apa yang terdapat dalam Kitab Allah. Baginda bertanya lagi: Jika ia tidak terdapat dalam Kitab Allah? Mu’az menjawab: Dengan sunnah Rasulullah. Baginda bertanya: Jika tidak terdapat dalam Sunnah Rasulullah? Mu’az menjawab: Aku berijtihad dengan menggunakan pendapatku dan aku tidak akan mengurangkan. Mu’az berkata: Maka Rasulullah SAW pun memukul dada beliau seraya bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah sesuai dengan kemahuan Rasulullah.
[Riwayat al-Tayalisi, Ahmad dalam al-Musnad, Abu Dawud, al-Tirmizi, Ibn Sa'd, al-'Uqaili, al-Baihaqi dalam al-Sunan, al-Khatib dalam al-Faqih Wa al-Mutafaqqih, Ibn 'Abd al-Bar dalam Jami' Bayan al-'Ilm, Ibn Hazm. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 881].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.