Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحمدُ للهِ الذي وفق رسولَ اللهِ لما يُرضِي رسولَ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah sesuai dengan kemahuan Rasulullah.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1235, hadis no. 6292. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم حين بعثه إلى اليمن قال له: كيف تقضي إذا عرض لك قضاء؟ قال: أقضي بما في كتاب الله. قال: فإن لم يكن في كتاب الله؟ قال: بسنة رسول الله، قال: فإن لم يكن في سنة رسول الله؟ قال: أجتهد رأيي لا آلو، قال: فضرب رسول الله صلى الله عليه وسلم صدره، وقال: الحمد لله الذي وفق رسول الله لما يرضي رسول الله. [الطيالسي، حم، د، ت، ابن سعد، عق، هق، الخطيب في ((الفقيه والمتفقه))، ابن عبد البر في ((جامع بيان العلم))، ابن حزم، ((الضعيفة)) (881)].
(Munkar) Daripada Mu'az bin Jabal RA bahawa Nabi SAW ketika mengutuskan beliau ke Yaman, baginda bersabda: Bagaimana engkau memutuskan apabila dihadapkan kepadamu sesuatu isu? Mu'az berkata: Aku akan memutuskan berdasarkan apa yang terdapat dalam Kitab Allah. Baginda bertanya lagi: Jika ia tidak terdapat dalam Kitab Allah? Mu'az menjawab: Dengan sunnah Rasulullah. Baginda bertanya: Jika tidak terdapat dalam Sunnah Rasulullah? Mu'az menjawab: Aku berijtihad dengan menggunakan pendapatku dan aku tidak akan mengurangkan. Mu'az berkata: Maka Rasulullah SAW pun memukul dada beliau seraya bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah sesuai dengan kemahuan Rasulullah. [Riwayat al-Tayalisi, Ahmad dalam al-Musnad, Abu Dawud, al-Tirmizi, Ibn Sa'd, al-'Uqaili, al-Baihaqi dalam al-Sunan, al-Khatib dalam al-Faqih Wa al-Mutafaqqih, Ibn 'Abd al-Bar dalam Jami' Bayan al-'Ilm, Ibn Hazm. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 881].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman