Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحمد للهِ الذي أطعمني الخميرَ، وألبسني الحريرَ، وزوَّجني خديجةَ، وكنتُ لها عاشقًا.
Teks Bahasa Melayu
Segala puji bagi Allah yang telah memberi aku makan roti, memberikan aku pakaian sutera, mengahwinkan aku dengan Khadijah. Aku sangat rindu kepada Khadijah.
Sahabat Perawi
- al-Zuhri
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1929, hadis no. 9681. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الزهري قال: قال رسول الله ﷺ: الحمد لله الذي أطعمني الخمير، وألبسني الحرير، وزوجني خديجة، وكنت لها عاشق. [ك، ((الضعيفة)) (6223)]
(Palsu) Daripada al-Zuhri, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah memberi aku makan roti, memberikan aku pakaian sutera, mengahwinkan aku dengan Khadijah. Aku sangat rindu kepada Khadijah. [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6223]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman