Segala puji bagi Allah yang menjadikan kamu wahai anak perempuan aku serupa dengan ketua wanita Bani Israil

TEKS BAHASA ARAB

الحمد لله الذي جعلك يا بنية شبيهة بسيدة نساء بنى إسرائيل؛ فإنها كانت إذا رزقها الله شيئا وسئلت عنه؟ قالت: هو من عند الله إن الله يرزق من يشاء بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Segala puji bagi Allah yang menjadikan kamu wahai anak perempuan aku serupa dengan ketua wanita Bani Israil, apabila Allah memberikannya sesuatu dan ditanya tentang pemberian itu, dia akan berkata: “Ini adalah pemberian daripada Allah, Dia-lah yang memberi rezeki tanpa ada batasan”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1894, hadis nombor 9527. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر رضي الله عنه قال: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أقام أياماً لم يطعم طعاماً، حتى شق ذلك عليه، فطاف في منازل أزواجه، فلم يجد عند واحدة منهن شيئاً! فأتى فاطمة فقال: يا بنية! هل عندك شيء آكله؛ فإني جائع قالت: لا والله – بأبي أنت وأمي -! فلما خرج من عندها بعثت إليها جارة لها برغيفين وقطعة لحم، فأخذته منها، فوضعته في جفنة لها، وقالت والله! لأوثرن بهذا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – على نفسي ومن عندي، وكانوا جميعاً محتاجين إلى شبعة طعام، فبعثت حسناً أو حسيناً إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فرجع إليها، فقالت: بأبي أنت وأمي؛ قد أتى الله بشيء فخبأته لك. قال: “هلمي يا بنية. قالت: فأتيته بالجفنة، فكشفت عنها؛ فإذا هي مملوءة خبزاً ولحماً، فلما نظرت إليها بهت وعرفت أنها بركة من الله، فحمدت الله، وصليت على نبيه، وقدمته إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فلما رآه حمد الله، وقال: “من أين لك هذا يا بنية. قالت: يا أبت هو من عند الله يرزق من يشاء بغير حساب فحمد الله، وقال: الحمد لله الذي جعلك – يا بنية – شبيهة بسيدة نساء بني إسرائيل ، فإنها كانت إذا رزقها الله شيئا فسئلت عنه قالت: هو من عند الله إن الله يرزق من يشاء بغير حساب. فبعث رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى علي، ثم آكل رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، وأكل علي، وفاطمة، وحسن، وحسين، وجميع أزواج النبي صلى الله عليه وسلم وأهل بيته حتى شبعوا جميعاً، قالت: وبقيت الجفنة كما هي. قالت: فأوسعت ببقيتها على جميع الجيران وجعل الله فيها بركة وخيراً كثيراً. [ع، ((الضعيفة)) (5359)]

(Lemah) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah bangun beberapa hari dalam keadaan tidak menjamah satu makanan pun sehingga perkara tersebut menyebabkan Rasulullah SAW merasa payah. Lalu Baginda pergi mengelilingi rumah para isteri Baginda, namun Baginda mendapati kesemua mereka tidak mempunyai apa-apa. Kemudian baginda mendatangi Fatimah dan berkata: Wahai anakku, adakah kamu ada apa-apa untuk aku makan? Sesungguhnya aku lapar. Fatimah berkata: Demi Allah, demi kamu bapaku dan ibuku, tidak ada. Apabila Baginda keluar dari rumah Fatimah, ada seorang hamba wanita yang menghantar dua buku roti dan sepotong daging kepadanya. Lalu Fatimah mengambil sebahagian daripada pemberian tersebut dan meletakkannya dalam bekas kepunyaan baginda. Fatimah berkata: Demi Allah, aku akan korbankan makanan ini untuk Rasulullah berbanding diri aku. Mereka semua memerlukan sedikit makanan. Lalu Fatimah menghantar menghantar Hasan atau Husain kepada Rasulullah SAW. Lantas Baginda kembali kepada Fatimah. Baginda berkata: Demi kamu bapaku dan demi ibuku, Allah telah memberikan sesuatu kepada aku, lalu aku menyembunyikannya untuk kamu. Baginda berkata: Berikanlah kepadaku wahai anakku. Fatimah berkata: Lalu aku memberikan kepada Baginda bekas dan aku membuka bekas tersebut. Tiba-tiba bekas tersebut penuh dengan roti dan daging. Apabila aku (Fatimah) melihatnya, aku merasa pelik dan tahu bahawa ia adalah berkat dari Allah. Lalu aku memuji Allah, berselawat ke atas Nabi dan aku memberikannya kepada Rasulullah SAW. Apabila Baginda melihatnya, Baginda memuji Allah dan bersabda: Dari mana kamu perolehi makanan ini? Fatimah menjawab: Wahai ayah, “Ini adalah pemberian daripada Allah, Dia-lah yang memberi rezeki tanpa ada batasan”. Lantas Baginda memuji Allah dan berdoa: Segala puji bagi Allah yang menjadikan kamu wahai anak perempuan aku serupa dengan ketua wanita Bani Israil, apabila Allah memberikannya sesuatu dan ditanya tentang pemberian itu, dia akan berkata: “Ini adalah pemberian daripada Allah, Dia-lah yang memberi rezeki tanpa ada batasan”. Lalu Baginda memanggil Ali. Kemudian Rasulullah SAW makan, Ali, Fatimah, Hasan, Husain, para isteri Baginda dan seluruh keluarga Baginda makan sehingga kenyang. Fatimah berkata: Bekas itu tetap sahaja penuh seperti sebelumnya. Aku memberikan kesemua baki makanan tersebut kepada seluruh jiran yang ada dan Allah menjadikan makanan tersebut berkat dan penuh dengan kebaikan.” [Riwayat Abu Ya‘la. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5359]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs