Segala puji bagi Allah yang memberiku makan roti, memakaikanku sutera, mengahwinkan aku dengan Khadijah dan aku amat merinduinya

TEKS BAHASA ARAB

الحمد لله الذي أطعمني الخمير،وألبسني الحرير، وزوجني خديجة، وكنت لها عاشقا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Segala puji bagi Allah yang memberiku makan roti, memakaikanku sutera, mengahwinkan aku dengan Khadijah dan aku amat merinduinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1637, hadis nombor 8279. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الزهري، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((الحمد لله الذي أطعمني الخمير،وألبسني الحرير، وزوجني خديجة، وكنت لها عاشقا)). [ك، ((الضعيفة)) (6223)].

(Palsu)
Daripada al-Zuhri berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Segala puji bagi Allah yang memberiku makan roti, memakaikanku sutera, mengahwinkan aku dengan Khadijah dan aku amat merinduinya.))
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6223].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.