Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحمدُ لله الذي أَطْعَمَنِي الخَمِيرَ،وأَلْبَسَنِيْ الحَرِيْرَ، وزَوَّجْنِيْ خديجة، وكُنْتُ لها عَاشِقًا.
Teks Bahasa Melayu
Segala puji bagi Allah yang memberiku makan roti, memakaikanku sutera, mengahwinkan aku dengan Khadijah dan aku amat merinduinya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1637, hadis no. 8279. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الزهري، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((الحمد لله الذي أطعمني الخمير،وألبسني الحرير، وزوجني خديجة، وكنت لها عاشقا)). [ك، ((الضعيفة)) (6223)].
(Palsu) Daripada al-Zuhri berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Segala puji bagi Allah yang memberiku makan roti, memakaikanku sutera, mengahwinkan aku dengan Khadijah dan aku amat merinduinya.)) [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6223].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman