Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menjadikan kamu, wahai puteriku yang menyerupai penghulu wanita Bani Israel

TEKS BAHASA ARAB

الحمد لله الذي جعلك يا بنية شبيهة بسيدة نساء بني إسرائيل فإنها كانت إذا رزقها الله شيئا وسئلت عنه قالت: هو من عند الله إن الله يرزق من يشاء بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menjadikan kamu, wahai puteriku serupa dengan penghulu wanita Bani Israel, yang apabila dia dikurniakan rezekidia akan berkata: Sesungguhnya ia adalah daripada sisi Allah; sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki tanpa had.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1062, hadis nombor 5424. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر رضي الله عنهما، قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أقام أيامًا لم يطعم طعامًا، حتى شق ذلك عليه، فطاف في منازل أزواجه، فلم يجد عند واحدة منهن شيئًا فأتى فاطمة فقال: يا بنية هل عندك شيء آكله؛ فإني جائع؟ قالت: لا والله بأبي أنت وأمي فلما خرج من عندها بعثت إليها جارة لها برغيفين وقطعة لحم فأخذته منها فوضعته في جفنة لها، وقالت: والله لأوثرن بهذا رسول الله صلى الله عليه وسلم على نفسي ومن عندي وكانوا جميعًا محتاجين إلى شبعة طعام فبعثت حسنًا أو حسينًا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فرجع إليها، فقالت: بأبي أنت وأمي قد أتى الله بشيء فخبأته لك. قال: هلمي يا بنية. قالت: فأتيته بالجفنة فكشفت عنها فإذا هي مملوءة خبزًا ولحمًا، فلما نظرت إليها بهت وعرفت أنها بركة من الله، فحمدت الله، وصليت على نبيه، وقدمته إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم. فلما رآه حمد الله، وقال: من أين لك هذا يا بنية؟ قالت: يا أبت! هو من عند الله يرزق من يشاء بغير حساب) فحمد الله، وقال: الحمد لله الذي جعلك يا بنية شبيهة بسيدة نساء بني إسرائيل؛ فإنها كانت إذا رزقها الله شيئًا وسئلت عنه؟ قالت: (هو من عند الله إن الله يرزق من يشاء بغير حساب. فبعث رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى علي، ثم آكل رسول الله صلى الله عليه وسلم وأكل علي، وفاطمة، وحسن، وحسين، وجميع أزواج النبي صلى الله عليه وسلم وأهل بيته حتى شبعوا جميعًا، قالت: وبقيت الجفنة كما هي. قالت: فأوسعت ببقيتها على جميع الجيران؛ وجعل الله فيها بركة وخيرًا كثيرًا. [ع، الضعيفة (5359)]

(Lemah) Daripada Jabir ra, beliau menceritakan, Rasulullah SAW pernah melalui hari-hari tanpa menelan sebarang makan, sehingga Baginda menjadi susah kerana perkara tersebut. Baginda pergi ke satu-satu rumah para isterinya, namun tidak mendapati apa-apa makanan pun di sana. Baginda kemudian bertemu dengan Fatimah, lalu bertanya: Wahai Fatimah, adakah kamu memiliki apa-apa untuk saya makan? Sesungguhnya saya lapar.
Fatimah menjawab: Demi Allah, bapaku dan ibuku, tiada. Apabila Baginda beredar daripada Fatimah, seorang jiran menghantarkan dua keping roti dan sepotong daging kepada Fatimah. Fatimah menerima pemberian tersebut, dan meletakkannya dalam sebuah pinggan. Beliau bermonolog: Demi Allah, saya akan utamakan makanan ini untuk Rasulullah berbanding diri saya dan orang lain. Sedangkan mereka semua memerlukan makanan tersebut.
Fatimah pun mengutuskan Hasan, atau Husain, untuk memanggil Rasulullah SAW, maka Baginda SAW kembali ke rumah Fatimah. Fatimah berkata: Demi kamu, bapaku dan ibuku, Allah telah menghantar sesuatu dan saya menyimpannya untuk kamu. Baginda membalas: Bawa ke sini, wahai puteriku.
Fatimah pun bawa pinggan tersebut kepada Baginda. Apabila beliau membukanya, ternyata pinggan tersebut dipenuhi dengan banyak roti dan daging. Melihatkan perkara itu, Fatimah menjadi terkejut, beliau segera tahu bahawa ia adalah adalah keberkatan daripada Allah. Beliau memuji-muji Allah dan berselawat buat Baginda.
Apabila makanan dihidangkan, Nabi SAW turut memuji-muji Allah. Baginda bertanya: Daripada manakah kamu dapat makanan-makanan ini, duhai puteriku? Fatimah menjawab: Wahai ayah, sesungguhnya ia adalah daripada sisi Allah; sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki tanpa had. Baginda SAW memuji-muji Allah lagi.
Baginda bersabda: Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menjadikan kamu, wahai puteriku, serupa dengan penghulu wanita Bani Israel, yang apabila dia dikurniakan rezeki, beliau akan berkata: Sesungguhnya ia adalah daripada sisi Allah; sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki tanpa had. Kemudian Rasulullah menjemput ‘Ali, kemudian barulah Baginda SAW makan bersama-sama ‘Ali, Fatimah, Hasan, Husain, dan semua isteri Baginda SAW sehingga mereka semua kekenyangan Fatimah menceritakan, Tetapi pinggan masih penuh seperti sebelumnya. Maka saya bahagi-bahagikan bakinya kepada semua jiran. Allah swt telah memberkati makanan ini dengan kebaikan yang banyak. [Riwayat Abu Ya‘la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5359)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs