Segala puji bagi Allah, sudah lama perutku ini tidak diisi dengan makanan panas semenjak sekian hari

TEKS BAHASA ARAB

الحمد لله؛ ما دخل بطني طعام سخن منذ كذا وكذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Segala puji bagi Allah, sudah lama perutku ini tidak diisi dengan makanan panas semenjak sekian hari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1063, hadis nombor 5425. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: أتي رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما بطعام سخن فأكل فلما فرغ قال: الحمد لله ما دخل بطني طعام سخن منذ كذا وكذا. [ه، هق، الضعيفة (5255)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah ra, beliau menceritakan: Sepinggan makanan panas dihidangkan kepada Rasulullah SAW pada suatu hari. Apabila beliau selesai makan, Baginda mengucapkan: Segala puji bagi Allah, sudah lama perutku ini tidak diisi dengan makanan panas semenjak sekian hari. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5255)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs