Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan

TEKS BAHASA ARAB

إذا سأل أحدكم ربه مسألة فتعرف الاستجابة فليقل: الحمد لله الذي بعزته وجلاله تتم الصالحات، ومن أبطأ عنه من ذلك شيء فليقل: الحمد لله على كل حال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu meminta kepada Tuhannya suatu permintaan yang dia merasakan permintaan tersebut akan dimustajabkan, maka hendaklah mengucapkan: Segala puji bagi Allah dengan Keperkasaan dan Keagungan-Nya sempurnalah perkara-perkara soleh, dan sesiapa yang lambat dimustajabkan doa tersebut hendaklah dia mengucapkan: Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1413, hadis nombor 7166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: إن رسول الله ﷺ قال: إذا سأل أحدكم ربه مسألة فتعرف الاستجابة فليقل: الحمد لله الذي بعزته وجلاله تتم الصالحات، ومن أبطأ عنه من ذلك شيء فليقل: الحمد لله على كل حال.
[البيهقي في ((الأسماء والصفات))، ((الضعيفة)) (1340)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu meminta kepada Tuhannya suatu permintaan yang dia merasakan permintaan tersebut akan dimustajabkan, maka hendaklah mengucapkan: Segala puji bagi Allah dengan Keperkasaan dan Keagungan-Nya sempurnalah perkara-perkara soleh, dan sesiapa yang lambat dimustajabkan doa tersebut hendaklah dia mengucapkan: Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan.
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Asma' Wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1340]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs