Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا سأل أحدُكم ربَّه مسألةً فَتَعَرَّف الاستجابةَ فَلْيَقُلِ : الحمدُ للهِ الذي بِعِزَّتِه وجلالِه تَتِمُّ الصالحاتُ، ومن أبطأ عنه من ذلك شيءٌ فَلْيَقُلِ : الحمدُ للهِ على كلِّ حالٍ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang kamu meminta kepada Tuhannya suatu permintaan yang dia merasakan permintaan tersebut akan dimustajabkan, maka hendaklah mengucapkan: Segala puji bagi Allah dengan Keperkasaan dan Keagungan-Nya sempurnalah perkara-perkara soleh, dan sesiapa yang lambat dimustajabkan doa tersebut hendaklah dia mengucapkan: Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1413, hadis no. 7166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: إن رسول الله ﷺ قال: إذا سأل أحدكم ربه مسألة فتعرف الاستجابة فليقل: الحمد لله الذي بعزته وجلاله تتم الصالحات، ومن أبطأ عنه من ذلك شيء فليقل: الحمد لله على كل حال. [البيهقي في ((الأسماء والصفات))، ((الضعيفة)) (1340)]
(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu meminta kepada Tuhannya suatu permintaan yang dia merasakan permintaan tersebut akan dimustajabkan, maka hendaklah mengucapkan: Segala puji bagi Allah dengan Keperkasaan dan Keagungan-Nya sempurnalah perkara-perkara soleh, dan sesiapa yang lambat dimustajabkan doa tersebut hendaklah dia mengucapkan: Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan. [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Asma' Wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1340]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman