Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Segala puji Allah yang dengan kemuliaan-Nya lah dapat disempurnakan perkara yang baik-baik.

Teks Bahasa Arab

مَا يَمنَعُ أَحدَكُمْ إِذَا عَرَفَ الإِجَابَةَ مِن نَفْسِهِ، فَشُفِيَ مِن مرضِهِ، أَو قَدِمَ مِن سَفَرٍ؛ يقولُ: الحَمْدُ للهِ الَّذِي بِعِزَّتِهِ وَجَلَالِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ.

Teks Bahasa Melayu

Apakah yang menghalang seseorang daripada kalian apabila mengetahui jawapan daripada dirinya sendiri, lalu dia sembuh dari penyakitnya ataupun dia sampai dari sebuah perjalanan, dia pun menyebutkan: Segala puji Allah yang dengan kemuliaan-Nya lah dapat disempurnakan perkara yang baik-baik.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis no. 6002. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ما يمنع أحدكم إذا عرف الإجابة من نفسه، فشفي من مرضه، أو قدم من سفر؛ يقول: الحمد لله الذي بعزته وجلاله تتم الصالحات)). [ك، ((الضعيفة)) (5599)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Apakah yang menghalang seseorang daripada kalian apabila mengetahui jawapan daripada dirinya sendiri, lalu dia sembuh dari penyakitnya ataupun dia sampai dari sebuah perjalanan, dia pun menyebutkan: Segala puji Allah yang dengan kemuliaan-Nya lah dapat disempurnakan perkara yang baik-baik. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5599]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.