Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَذْهَبُ الأَرْضُونَ كُلُّها يَوْمَ القِيامَةِ إلاَّ المَساجِدِ فإنَّها يَنْضَمُّ بَعْضُها إِلَى بَعْضٍ.
Teks Bahasa Melayu
Segala lapis bumi akan lenyap pada hari Kiamat kecuali masjid-masjid, kerana sebahagiannya akan dihimpunkan dengan sebahagian yang lain.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 28, hadis no. 129. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia melalui riwayat para perawi pendusta yang bersendirian meriwayatkannya. Kepalsuannya jelas tanpa sembunyi.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman