Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Segala apa yang Allah ciptakan pada pagi hari

Teks Bahasa Arab

ما خلق الله من صباح يعلم ملك في السماء ولا في الأرض ما يصنع الله في ذلك اليوم، وإن العبد له رزقه؛ فلو اجتمع عليه الثقلان - الجن والأنس - على أن يصدوا عنه شيئاً من ذلك؛ ما استطاعوا.

Teks Bahasa Melayu

Segala apa yang Allah ciptakan pada pagi hari, malaikat yang di langit mengetahuinya dan di bumi pula tidak ada yang mengetahui apa yang Allah buat pada hari tersebut, dan sesungguhnya setiap hamba ada rezekinya; bahkan jika berkumpul dua golongan utama –jin dan manusia- untuk menghalang sesuatu daripadanya; mereka tidak mampu melakukannya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 508, hadis no. 2707.

(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله : «ما خلق الله من صباح يعلم ملك في الماء ولا في الأرض ما يصنع الله في ذلك اليوم، وإن العبد له رزقه؛ فلو اجتمع عليه الثقلان - الجن والأنس- على أن يصدوا عنه شيئا من ذلك ما استطاعو». [طس، (الضعيفة) (5309)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas'ud RA berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Segala apa yang Allah ciptakan pada pagi hari, malaikat yang di langit mengetahuinya dan di bumi pula tidak ada yang mengetahui apa yang Allah buat pada hari tersebut, dan sesungguhnya setiap hamba ada rezekinya; bahkan jika berkumpul dua golongan utama –jin dan manusia- untuk menghalang sesuatu daripadanya; mereka tidak mampu melakukannya. [Disebutkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no 5309].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.