Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Seekor unta itu tidak dituntun di antara dua orang lelaki

Teks Bahasa Arab

لا يُقادُ البعيرُ بينَ الرَّجلينِ.

Teks Bahasa Melayu

Seekor unta itu tidak dituntun di antara dua orang lelaki.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 431, hadis no. 2320. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لا يقاد البعير بين الرجلين». [علقه البخاري في «التاريخ»، وابن حبان في «الضعفاء»، عد، «الضعيفة» (6228)].

(Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Seekor unta itu tidak dituntun di antara dua orang lelaki". [Riwayat al-Bukhārī secara Mu‘allaq (terputus sanad) dalam Tārīkhnya, Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’ dan Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6228].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.