Seekor kuda pada dahinya ada kebaikan diikat buat selama-lamanya sehingga hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

الخيل في نواصيها الخير معقودا أبدا إلى يوم القيامة. فمن ارتبطها عدة في سبيل الله، وأنفق عليها احتسابا في سبيل الله؛ فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها فلاح في موازينه يوم القيامة. ومن ربطها رياء وسمعة، وفرحا ومرحا؛ فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها خسران في موازينه يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seekor kuda pada dahinya ada kebaikan diikat buat selama-lamanya sehingga hari kiamat. Sesiapa yang mengikatnya kerana bersedia di jalan Allah serta menginfakkan padanya di jalan Allah, maka sesungguhnya kekenyangan, kelaparan, hilang dahaga, kehausan, najis kecil dan najis besarnya ialah kejayaan bagi timbangannya pada hari kiamat. Sesiapa yang mengikatnya kerana riyak dan sum’ah serta ingin berbangga, maka sesungguhnya kekenyangan, kelaparan, hilang dahaga, kehausan, najis kecil dan najis besarnya ialah kerugian bagi timbangannya pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 701, hadis nombor 3594. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التمام) عن أسماء بنت يزيد -رضي الله عنها- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((الخيل في نواصيها الخير معقودا أبدا إلى يوم القيامة. فمن ارتبطها عدة في سبيل الله، وأنفق عليها احتسابا في سبيل الله؛ فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها فلاح في موازينه يوم القيامة. ومن ربطها رياء وسمعة، وفرحا ومرحا؛ فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها خسران في موازينه يوم القيامة)). [حم، ((الضعيفة)) (٦٨٣٦)]

(Lemah dengan konteks ini) Daripada Asmā’ binti Yazīd RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seekor kuda pada dahinya ada kebaikan diikat buat selama-lamanya sehingga hari kiamat. Sesiapa yang mengikatnya kerana bersedia di jalan Allah serta menginfakkan padanya di jalan Allah, maka sesungguhnya kekenyangan, kelaparan, hilang dahaga, kehausan, najis kecil dan najis besarnya ialah kejayaan bagi timbangannya pada hari kiamat. Sesiapa yang mengikatnya kerana riyak dan sum’ah serta ingin berbangga, maka sesungguhnya kekenyangan, kelaparan, hilang dahaga, kehausan, najis kecil dan najis besarnya ialah kerugian bagi timbangannya pada hari kiamat. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6836]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs