Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الخَيلُ في نَواصيها الخَيرُ مَعقودًا أبَدًا إلى يَومِ القيامةِ، فمَنِ ارتَبَطَها عُدَّةً في سَبيلِ اللهِ، وأنفَقَ عليها احتِسابًا في سَبيلِ اللهِ؛ فإنَّ شِبَعَها وجُوعَها ورِيَّها وظَمَأها وأرْواثَها وأبوالَها فَلاحٌ في مَوازينِه يَومَ القيامةِ، ومَن رَبَطَها رِياءً وسُمعةً وفَرَحًا ومَرَحًا؛ فإنَّ شِبَعَها وجُوعَها ورِيَّها وظَمَأها وأرْواثَها وأبوالَها خُسرانٌ في مَوازينِه يَومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Seekor kuda pada dahinya ada kebaikan diikat buat selama-lamanya sehingga hari kiamat. Sesiapa yang mengikatnya kerana bersedia di jalan Allah serta menginfakkan padanya di jalan Allah, maka sesungguhnya kekenyangan, kelaparan, hilang dahaga, kehausan, najis kecil dan najis besarnya ialah kejayaan bagi timbangannya pada hari kiamat. Sesiapa yang mengikatnya kerana riyak dan sum’ah serta ingin berbangga, maka sesungguhnya kekenyangan, kelaparan, hilang dahaga, kehausan, najis kecil dan najis besarnya ialah kerugian bagi timbangannya pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Asma' binti Yazid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 701, hadis no. 3594. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا التمام) عن أسماء بنت يزيد -رضي الله عنها- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((الخيل في نواصيها الخير معقودا أبدا إلى يوم القيامة. فمن ارتبطها عدة في سبيل الله، وأنفق عليها احتسابا في سبيل الله؛ فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها فلاح في موازينه يوم القيامة. ومن ربطها رياء وسمعة، وفرحا ومرحا؛ فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها خسران في موازينه يوم القيامة)). [حم، ((الضعيفة)) (٦٨٣٦)]
(Lemah dengan konteks ini) Daripada Asmā’ binti Yazīd RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seekor kuda pada dahinya ada kebaikan diikat buat selama-lamanya sehingga hari kiamat. Sesiapa yang mengikatnya kerana bersedia di jalan Allah serta menginfakkan padanya di jalan Allah, maka sesungguhnya kekenyangan, kelaparan, hilang dahaga, kehausan, najis kecil dan najis besarnya ialah kejayaan bagi timbangannya pada hari kiamat. Sesiapa yang mengikatnya kerana riyak dan sum’ah serta ingin berbangga, maka sesungguhnya kekenyangan, kelaparan, hilang dahaga, kehausan, najis kecil dan najis besarnya ialah kerugian bagi timbangannya pada hari kiamat. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6836]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman