Munkar Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا يَنْهَقُ الْحِمَارُ حَتَّى يَرَى شَيْطَاناً، أَوْ يَتَمَثَّل لَهُ شَيْطَان، فَإِذَا كَانَ ذَلِكَ، فَاذْكُرُوا اللَّه، وَصَلُّوا عَلَيَّ.
Teks Bahasa Melayu
Seekor keldai itu tidak akan meringkik sehinggalah dia melihat syaitan atau syaitan menjelma di hadapannya. Apabila ia berlaku maka ingatlah kepada Allah dan berselawatlah kepadaku.
Sahabat Perawi
- Abu Rafi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 431, hadis no. 2322. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عن أبي رافع - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لا ينهق الحمار حتى يرى شيطانا، أو يتمثل له شيطان، فإذا كان ذلك، فاذكروا الله، وصلوا علي». [طب، «الضعيفة» (6387)].
(Munkar Dengan Lafaz Ini) Daripada Abu Rafi‘ RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Seekor keldai itu tidak akan meringkik sehinggalah dia melihat syaitan atau syaitan menjelma di hadapannya. Apabila ia berlaku maka ingatlah kepada Allah dan berselawatlah kepadaku". [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6387].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman