TEKS BAHASA ARAB
أدخلت الجنة؛ فوجدت أكثر أهلها ذرية المؤمنين والفقراء، ووجدت أقل أهلها النساء والأغنياء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku dimasukkan ke dalam syurga, lalu aku mendapati kebanyakan penghuninya adalah anak-anak (keturunan) orang mukmin dan juga orang miskin, aku juga mendapati sedikit penghuninya yang terdiri daripada wanita dan juga orang-orang yang kaya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 710, hadis nombor 3633. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن حبان بن أبي جبلة: أن رسول الله ﷺ قال: أدخلت الجنة؛ فوجدت أكثر أهلها ذرية المؤمنين والفقراء، ووجدت أقل أهلها النساء والأغنياء.
[هناد، ((الضعيفة)) (6970)].
(Munkar)
Daripada Hibban bin Abi Jabalah: Bahawa Rasulullah SAW berkata: Aku dimasukkan ke dalam syurga, lalu aku mendapati kebanyakan penghuninya adalah anak-anak (keturunan) orang mukmin dan juga orang miskin, aku juga mendapati sedikit penghuninya yang terdiri daripada wanita dan juga orang-orang yang kaya.
[Riwayat Hannad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6970].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.