Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sedikitnya penghuni syurga daripada kalangan wanita dan juga golongan orang kaya

Teks Bahasa Arab

أُدخلتُ الجنةَ؛ فوجدتُ أكثرَ أهلِها ذُرِّيَّةً المؤمنينَ والفقراءَ، ووجدتُ أَقَلَّ أهلِها النساءَ والأغنياءَ.

Teks Bahasa Melayu

Aku dimasukkan ke dalam syurga, lalu aku mendapati kebanyakan penghuninya adalah anak-anak (keturunan) orang mukmin dan juga orang miskin, aku juga mendapati sedikit penghuninya yang terdiri daripada wanita dan juga orang-orang yang kaya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 710, hadis no. 3633. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن حبان بن أبي جبلة: أن رسول الله ﷺ قال: أدخلت الجنة؛ فوجدت أكثر أهلها ذرية المؤمنين والفقراء، ووجدت أقل أهلها النساء والأغنياء. [هناد، ((الضعيفة)) (6970)].

(Munkar) Daripada Hibban bin Abi Jabalah: Bahawa Rasulullah SAW berkata: Aku dimasukkan ke dalam syurga, lalu aku mendapati kebanyakan penghuninya adalah anak-anak (keturunan) orang mukmin dan juga orang miskin, aku juga mendapati sedikit penghuninya yang terdiri daripada wanita dan juga orang-orang yang kaya. [Riwayat Hannad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6970].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.