Tiada asalnya

30/06/2024

minit bacaan



Sedikit taufiq lebih baik

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: قَلِيلُ من التَّوْفِيق، خير من كثير من الْعلم.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sedikit taufiq lebih baik daripada banyak ilmu.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tiada asalnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 135, hadis no. 378. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في الإحياء، قال مخرجه: لم أجد له أصلا.

Al-Ghazalli menyebutkan dalam al-Ihya, pentakhrijnya (al-‘Iraqi) berkata: Aku tidak menemui asalnya.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.