Sedikit pemahaman lebih baik berbanding banyaknya ibadah

TEKS BAHASA ARAB

قليل الفقه خير من كثير العبادة، وكفى بالمرء فقها إذا عبد الله، وكفى بالمرء جهلا إذا أعجب برأيه، إنما الناس رجلان: مؤمن وجاهل، فلا يؤذى المؤمن، ولا يجاور الجاهل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sedikit pemahaman lebih baik berbanding banyaknya ibadah. Cukuplah seseorang itu dianggap memahami agama apabila dia menyembah Allah dan cukuplah seseorang itu dianggap jahil apabila dia merasa kagum dengan pandangannya. Manusia itu hanya dua golongan iaitu orang mukmin dan orang jahil. Orang mukim tidak disakiti dan orang jahil tidak didekati.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1287 – 1288, hadis nombor 6589. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما مرفوعا: قليل الفقه خير من كثيرالعبادة، وكفى بالمرء فقها إذا عبد الله، وكفى بالمرء جهلا إذا أعجب برأيه، إنما الناس رجلان: مؤمن وجاهل، فلا يؤذى المؤمن، ولا يجاور الجاهل.
[تخ، طس، تمام، الحوراني في ((جزئه))، حل، الخطيب في ((الموضح))، ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، ((الضعيفة)) (5155)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sedikit pemahaman lebih baik berbanding banyaknya ibadah. Cukuplah seseorang itu dianggap memahami agama apabila dia menyembah Allah dan cukuplah seseorang itu dianggap jahil apabila dia merasa kagum dengan pandangannya. Manusia itu hanya dua golongan iaitu orang mukmin dan orang jahil. Orang mukim tidak disakiti dan orang jahil tidak didekati.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Tammam, al-Hawrani dalam Juz beliau, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’, al-Khatib dalam al-Mudih dan Ibn Jumai’ dalam Mu’jam al-Shuyukh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5155]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs