Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قليلِ الفقهِ خيرٌ من كثيرِ العبادةِ، وكفى بالمرء فقهًا إذا عبدَ اللهُ، وكفى بالمرء جهلًا إذا أعجب برأيه، إنما الناسُ رجلان: مؤمنٌ وجاهلٌ، فلا يؤذي المؤمنَ، ولا يجاور الجاهلَ.
Teks Bahasa Melayu
Sedikit pemahaman lebih baik berbanding banyaknya ibadah. Cukuplah seseorang itu dianggap memahami agama apabila dia menyembah Allah dan cukuplah seseorang itu dianggap jahil apabila dia merasa kagum dengan pandangannya. Manusia itu hanya dua golongan iaitu orang mukmin dan orang jahil. Orang mukim tidak disakiti dan orang jahil tidak didekati.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1287 - 1288, hadis no. 6589. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما مرفوعا: قليل الفقه خير من كثيرالعبادة، وكفى بالمرء فقها إذا عبد الله، وكفى بالمرء جهلا إذا أعجب برأيه، إنما الناس رجلان: مؤمن وجاهل، فلا يؤذى المؤمن، ولا يجاور الجاهل. [تخ، طس، تمام، الحوراني في ((جزئه))، حل، الخطيب في ((الموضح))، ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، ((الضعيفة)) (5155)]
(Lemah) Daripada 'Abdillah bin 'Amr RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sedikit pemahaman lebih baik berbanding banyaknya ibadah. Cukuplah seseorang itu dianggap memahami agama apabila dia menyembah Allah dan cukuplah seseorang itu dianggap jahil apabila dia merasa kagum dengan pandangannya. Manusia itu hanya dua golongan iaitu orang mukmin dan orang jahil. Orang mukim tidak disakiti dan orang jahil tidak didekati. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, Tammam, al-Hawrani dalam Juz beliau, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', al-Khatib dalam al-Mudih dan Ibn Jumai' dalam Mu'jam al-Shuyukh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5155]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman