Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sedekah yang terbaik adalah (sedekah dengan) lidah

Teks Bahasa Arab

أفضلُ الصَّدقةِ اللِّسانُ، قالوا: وما صدقةُ اللِّسانِ؟ قال: الشَّفاعةُ؛ يُفَكُّ بها الأسيرُ، و يُحقنُ بها الدَّمُ، و يُجرُّ بها المعروفُ والإحسانُ إلى أخيك المسلِمِ، وتُدفَعُ عنه الكريهةَ.

Teks Bahasa Melayu

Sedekah yang terbaik adalah (sedekah dengan) lidah. Mereka berkata: Apakah itu sedekah lidah? Baginda berkata: Syafaat. Dengannya akan dibebaskan tawanan, ditahan darah (daripada ditumpahkan), dan diberikan dengan (sebabnya) kebaikan dan ihsan kepada saudaramu yang muslim, dan engkau menjauhkan darinya kebencian.

Sahabat Perawi

  1. Samurah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 866, hadis no. 4425. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أفضل الصدقة اللسان، قالوا: وما صدقة اللسان؟ قال: الشفاعة؛ يفك بها الأسير، ويحقن بها الدم، ويجر بها المعروف والإحسان إلى أخيك المسلم، وتدفع عنه الكريهة)). [ابن الأعرابي، هب، ((الضعيفة)) (1442)].

(Lemah) Daripada Samurah RA secara marfu’: “Sedekah yang terbaik adalah (sedekah dengan) lidah. Mereka berkata: Apakah itu sedekah lidah? Baginda berkata: Syafaat. Dengannya akan dibebaskan tawanan, ditahan darah (daripada ditumpahkan), dan diberikan dengan (sebabnya) kebaikan dan ihsan kepada saudaramu yang muslim, dan engkau menjauhkan darinya kebencian.” [Riwayat Ibn al-A’rabi, al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1442],

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.