TEKS BAHASA ARAB
إن أسرع صدقة تصعد إلى السماء: أن يصنع الرجل طعاما طيبا ثم يدعو إليه ناسا من إخوانه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sedekah yang paling segera diangkat ke langit adalah apabila seorang menyediakan makanan yang terbaik kemudian menjemput saudaranya yang lain.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 920, hadis nombor 4622. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن حبان بن أبي جبلة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن أسرع صدقة تصعد إلى السماء: أن يصنع الرجل طعاما طيبا ثم يدعو إليه ناسا من إخوانه. [ابن أبي الدنيا في الإخوان, الضعيفة (6672)]
(Lemah) Daripada Hibban Bin Abi Jiblah, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Sedekah yang paling segera diangkat ke langit adalah apabila seorang menyediakan makanan yang terbaik kemudian menjemput saudaranya yang lain. [Ibn Abi Dunya di dalam Al-Ikhwan, Al-Dha’ifah no 6672].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.