Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sedekah yang paling baik adalah dengan memelihara lidah

Teks Bahasa Arab

أفضلُ الصَّدقة حِفظُ اللِّسانِ.

Teks Bahasa Melayu

Sedekah yang paling baik adalah dengan memelihara lidah.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1994, hadis no. 9990. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) ‌‌عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أفضل الصدقة حفظ اللسان)). [فر، ((الضعيفة)) (2123)]

(Palsu) Daripada Muadz bin Jabal RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sedekah yang paling baik adalah dengan memelihara lidah. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dai’fah no. 2123]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.