Sedekah-sedekah di pagi hari akan menyingkirkan gangguan-gangguan (fizikal dan mental).

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الصدقات بالغدوات؛ يذهبن بالعاهات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sedekah-sedekah di pagi hari akan menyingkirkan gangguan-gangguan (fizikal dan mental).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1177, hadis nombor 5958. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الصدقات بالغدوات؛ يذهبن بالعاهات)). [فر، الخرقي المالكي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (3798)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah berkata: Sedekah-sedekah di pagi hari akan menyingkirkan gangguan-gangguan (fizikal dan mental). [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus, dan al-Khirqi al-Maliki dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3798]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.