Sedekah secara sembunyi akan memadamkan kemurkaan tuhan

TEKS BAHASA ARAB

إن صدقة السر تطفىء غضب الرب، وإن صنائع المعروف تقي مصارع السوء، وإن صلة الرحم تزيد في العمر وتنفي الفقر. وأكثروا من قول "لا حول ولا قوة إلا بالله"؛ فإنها كنز من كنوز الجنة وإن فيها شفاء من تسعة وتسعين داء، أدناها الهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sedekah secara sembunyi akan memadamkan kemurkaan tuhan, perbuatan baik akan menghalang dari perbuatan jahat, silaturrahim akan menambahkan umur dan menjauhkan kefakiran. Perbanyakkanlah menyebutkan (Tiada daya dan kekuasaan melainkan dengan izin Allah) kerana ia adalah khazanah dari khazanah syurga, padanya ada penyembuh dari 99 penyakit, yang paling rendah adalah kesedihan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 876, hadis nombor 4488. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن معاوية بن حيدة -رضي الله عنه- عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إن صدقة السر تطفىء غضب الرب، وإن صنائع المعروف تقي مصارع السوء، وإن صلة الرحم تزيد في العمر وتنفي الفقر. وأكثروا من قول "لا حول ولا قوة إلا بالله"؛ فإنها كنز من كنوز الجنة وإن فيها شفاء من تسعة وتسعين داء، أدناها الهم)). [طس، ((الضعيفة)) (3262)].

(Munkar)
Daripada Muawiyah bin Haidah RA daripada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya sedekah secara sembunyi akan memadamkan kemurkaan tuhan, perbuatan baik akan menghalang dari perbuatan jahat, silaturrahim akan menambahkan umur dan menjauhkan kefakiran. Perbanyakkanlah menyebutkan (Tiada daya dan kekuasaan melainkan dengan izin Allah) kerana ia adalah khazanah dari khazanah syurga, padanya ada penyembuh dari 99 penyakit, yang paling rendah adalah kesedihan.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3262].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs