Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصدقاتُ بالغَدَوَاتِ؛ يَذْهَبْنَ بالعاهاتِ.
Teks Bahasa Melayu
Sedekah pada waktu pagi akan menjauhkan penyakit.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 880, hadis no. 4515. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: (الصدقات بالغدوات؛ يذهبن بالعاهات). [الخرقي في ((الفوائد))، فر، ((الضعيفة)) (3798)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sedekah pada waktu pagi akan menjauhkan penyakit.” [Riwayat al-Kharqi dalam al-Fawaid, al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3798]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman