Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حسنُ الملكةِ يُمنٌ، وسوءُ الخُلقِ شؤمٌ، وطاعةُ المرأةِ ندامةٌ، والصدقةُ تدفع القضاءَ السوءَ.
Teks Bahasa Melayu
Pemilikan yang baik itu adalah (suatu) keberkatan, akhlak yang buruk itu adalah (suatu) kebinasaan, mentaati wanita adalah (suatu perkara yang membuahkan) penyesalan dan sedekah (adalah sesuatu yang) boleh mengelakkan dari perkara buruk (berlaku).
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 877, hadis no. 4495. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((حسن الملكة يمن، وسوء الخلق شؤم، وطاعة المرأة ندامة، والصدقة تدفع القضاء السوء)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3491)].
(Sangat lemah) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Pemilikan yang baik itu adalah (suatu) keberkatan, akhlak yang buruk itu adalah (suatu) kebinasaan, mentaati wanita adalah (suatu perkara yang membuahkan) penyesalan dan sedekah (adalah sesuatu yang) boleh mengelakkan dari perkara buruk (berlaku).” [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.3491].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman