Sedekah membebaskan manusia dari api neraka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تصدقوا، فإن الصدقة فكاككم من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersedekahlah kamu, kerana sedekah adalah perkara yang akan membebaskan kamu dari api neraka kelak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 868, hadis nombor 4440. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس-رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((تصدقوا، فإن الصدقة فكاككم من النار)). [طس، حل، قط،((الضعيفة)) (1628)].

(Lemah)
Daripada Anas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bersedekahlah kamu, kerana sedekah adalah perkara yang akan membebaskan kamu dari api neraka kelak.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Abu Nuaim dalam al-Hilyah, dan al-Daruqutni dalam Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1628].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.