Sedekah itu tidak akan mengurangkan harta

TEKS BAHASA ARAB

ما نقصت صدقة من مال قط. وما مد عبد يده بصدقة إلا ألقيت بيد الله قبل أن تقع في يد السائل. ولا فتح عبد باب مسألة له عنها غنى إلا فتح الله عليه باب فقر

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sedekah itu tidak akan mengurangkan harta walaupun sedikit. Tidak ada seorang hamba yang menghulurkan tangannya untuk bersedekah melainkan sedekah itu akan sampai kepada Allah SWT terlebih dahulu sebelum ianya diberikan kepada tangan peminta dan tidaklah seorang hamba itu meminta-minta melainkan Allah akan membuka pintu kefakiran baginya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 907, hadis nombor 4639. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر الفقرة) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال صلى الله عليه وسلم: ما نقصت صدقة من مال قط. وما مد عبد يده بصدقة إلا ألقيت بيد الله قبل أن تقع في يد السائل. ولا فتح عبد باب مسألة له عنها غنى إلا فتح الله عليه باب فقر. [طب, الضعيفة (6739)]

(Munkar dengan menyebut perenggan) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangkan harta walaupun sedikit. Tidak ada seorang hamba yang menghulurkan tangannya untuk bersedekah melainkan sedekah itu akan sampai kepada Allah SWT terlebih dahulu sebelum ianya diberikan kepada tangan peminta dan tidaklah seorang hamba itu meminta-minta melainkan Allah akan membuka pintu kefakiran baginya. [Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Kabir, Al-Dha’ifah no 6739].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.