Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما نقصت صدقة من مال قط. وما مد عبد يده بصدقة إلا ألقيت بيد الله قبل أن تقع في يد السائل. ولا فتح عبد باب مسألة له عنها غنى إلا فتح الله عليه باب فقر
Teks Bahasa Melayu
Sedekah itu tidak akan mengurangkan harta walaupun sedikit. Tidak ada seorang hamba yang menghulurkan tangannya untuk bersedekah melainkan sedekah itu akan sampai kepada Allah SWT terlebih dahulu sebelum ianya diberikan kepada tangan peminta dan tidaklah seorang hamba itu meminta-minta melainkan Allah akan membuka pintu kefakiran baginya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 907, hadis no. 4639. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر الفقرة) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال صلى الله عليه وسلم: ما نقصت صدقة من مال قط. وما مد عبد يده بصدقة إلا ألقيت بيد الله قبل أن تقع في يد السائل. ولا فتح عبد باب مسألة له عنها غنى إلا فتح الله عليه باب فقر. [طب, الضعيفة (6739)]
(Munkar dengan menyebut perenggan) Daripada Ibn 'Abbas RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangkan harta walaupun sedikit. Tidak ada seorang hamba yang menghulurkan tangannya untuk bersedekah melainkan sedekah itu akan sampai kepada Allah SWT terlebih dahulu sebelum ianya diberikan kepada tangan peminta dan tidaklah seorang hamba itu meminta-minta melainkan Allah akan membuka pintu kefakiran baginya. [Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Kabir, Al-Dha’ifah no 6739].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman