Sedekah itu akan menutup 70 pintu keburukan

TEKS BAHASA ARAB

الصدقة تسد سبعين بابا من السوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sedekah itu akan menutup 70 pintu keburukan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 880, hadis nombor 4516. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رافع بن خديج -رضي الله عنه- مرفوعا: (الصدقة تسد سبعين بابا من السوء). [طب، فر، ابن شاهين، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3797)]

(Lemah)
Daripada Rafi’ bin Khadij RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sedekah itu akan menutup 70 pintu keburukan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Dailami dalam al-Firdaus, Ibn Syahin dalam al-Targhib wa al-Tarhib, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3797]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs