Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصدقةُ تسدُّ سبعينَ بابًا منَ السُّوءِ.
Teks Bahasa Melayu
Sedekah itu akan menutup 70 pintu keburukan.
Sahabat Perawi
- Rafi’ bin Khadij RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 880, hadis no. 4516. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رافع بن خديج -رضي الله عنه- مرفوعا: (الصدقة تسد سبعين بابا من السوء). [طب، فر، ابن شاهين، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3797)]
(Lemah) Daripada Rafi’ bin Khadij RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sedekah itu akan menutup 70 pintu keburukan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Dailami dalam al-Firdaus, Ibn Syahin dalam al-Targhib wa al-Tarhib, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3797]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman