Sedekah dihalalkan daripada tiga golongan

TEKS BAHASA ARAB

تحل الصدقة من ثلاث: من الإمام الجامع ومن ذي الرحم لرحمه ومن التاجر المكنز.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sedekah dihalalkan daripada tiga golongan: Daripada imam masjid, orang yang menyayangi kaum kerabatnya dan seorang peniaga yang memiliki simpanan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 895, hadis nombor 4587. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

[ضعيف جدا] عن ثوبان رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تحل الصدقة من ثلاث: من الإمام الجامع ومن ذي الرحم لرحمه ومن التاجر المكنز. [هب, الضعيفة (5808)]

(Sangat lemah) Daripada Thauban RA berkata: Nabi SAW bersabda: Sedekah dihalalkan daripada tiga golongan: Daripada imam masjid, orang yang menyayangi kaum kerabatnya dan seorang peniaga yang memiliki simpanan.[Al-Baihaqi di dalam Shu’ab Al-Iman. Lihat Silsilah Al-Da’ifah no 5808].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs