Sedekah akan memadamkan kepanasan di dalam kubur bagi pelakunya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الصدقة لتطفىء عن أهلها حر القبور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sedekah akan memadamkan kepanasan di dalam kubur bagi pelakunya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 876, hadis nombor 4489. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عقبة بن عامر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الصدقة لتطفىء عن أهلها حر القبور)). [عد، ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (3021)].

(Lemah)
Daripada Uqbah bin Amir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sedekah akan memadamkan kepanasan di dalam kubur bagi pelakunya.”
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa' dan Ibn Abd al-Barr dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3021].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.